Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 diadakan di
Arena of Stars,
Genting Highlands pada 30 Mac 2008.
[1] Majlis ini dikendalikan oleh
Fauziah Ahmad Daud dan
Raja Azura sebagai pengacara. Secara keseluruhannya, terdapat 16 anugerah dipertandingkan. Kategori "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat" menjadi ganti kepada tiga anugerah khas yang diberikan kepada tokoh seni veteran sebelum ini, iaitu "Anugerah Biduan Veteran", "Anugerah Seniwati Veteran" dan "Anugerah Khas Bintang Popular".
Mawi terus menyerlah apabila merangkul gelaran "Bintang Paling Popular" untuk kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2005. Beliau hanya meraih 119,268 undian keseluruhan, kurang jumlahnya berbanding dua tahun sebelumnya, iaitu 351,570 undi (2005) dan 261,555 undi (2006). Walau bagaimanapun, beliau berjaya membawa pulang kereta
Peugeot 407 (2.0) bernilai RM 185,000 tajaan Nasim Sdn. Bhd. serta set barang kemas eksklusif daripada Habib Jewels Sdn. Bhd. bernilai RM 150,000 selain trofi.
[2]Majlis ini juga turut melakar sejarah tersendiri dengan mencatat 4.5 juta penonton ketika disiarkan secara langsung selama dua jam setengah di
TV3, iaitu mewakili 63.5 % daripada keseluruhan penonton, sekali gus mengatasi jumlah penonton tahun lalu seramai 4.41 juta orang.
[3]